PENGIKUT SETIA


Saturday, November 6, 2010

DUNIA VS AKHIRAT ???



Ana rindu...
terlalu rindu saat itu..
Andai masa itu seperti jam..senang-senang je boleh diputarkan,,,ape akn terjadi?

Tapi yang pastinya, ia xkan terjadi..

Memoriku seringkali berputar
mengenai sesuatu..

Sesuatu yang ana ingin ianya datang kembali..
Ana ingin merasai saat-saat itu..
Saat-saat ana sentiasa ditarbiahkan..
ditunjuk ajar oleh ustaz-ustaz yang tidak jemu menyucikan jiwa anak muridnya..

Tapi..
waktu...
seringkali mencemburui kita..

Jiwa ini seringkali menangis..
terseksa...
dengan permainan dunia

Tapi kita semua semakin hanyut dengan kemewahan dunia.
ade ape dengan dunia ini yang sementara ini?
Dan ape itu dunia?
Rasanya sahabat kalian semua taw kan?

Apa yang dimaksud dengan dunia? Firman-Nya, "Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Q.S. Al-Hadiid [57]:20)

Masya Allah..

Kita semua tertipu..

tertipu dengan hasutan syaitan durjana
yang sememangnya telah bersumpah akan menyesatkan kaum Adam hingga hari kiamat..

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)



Tapi umat nabi Muhammad seakan lupa alpa
Yang dunia hanya tempat persinggahan kita

Kita seolah-seolah memperajakan dunia...

Benarlah...

kita semua telah tergoda dengan hasutan syaitan..
Syaitan itu terlalu pintar...
Terlalu pintar untuk menyesatkan manusia..

Ada hadis menyebut :
“Akan datang kepada umatku suatu zaman, di mana mereka lebih cinta kepada lima perkara dan lupa kepada lima perkara lain iaitu cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat; cinta kepada harta dan lupa kepada hari hisab (perhitungan); cinta kepada makhluk dan lupa kepada khaliq (penciptanya); cinta kepada dosa dan lupa kepada taubat; cinta kepada mahligai dan lupa kepada makam (kuburan).”


Di satu sudut
Ana menangis
menangis di dalam hati
kerana semua yang diperkatakan itu benar..
Dalam hati ini terasa cuak, takut... 
takut tergolong dalam golongan itu.



Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bercita-citakan kehidupan akhirat, maka Tuhan menjadikan kekayaan dalam hatinya, dihimpunkan segala kepentingannya, dan diberikan kepadanya kenikmatan hidup ini seberapa perlunya. Sesiapa bercita-citakan kehidupan dunia, Allah menjadikan kemiskinan antara dua matanya, dipisahkan daripadanya apa yang menjadi keperluannya dan tidak di-berikan kepadanya kenikmatan hidup dunia kecuali apa yang sudah ditentukan.” – (Hadis riwayat aT-Tarmizi).

Nauzubillah..
Ampunilah dosaku Ya Allah...
Bolehkah sahabat semua bayangkan sekiranya kita mati dalam suu'ul khotimah?

Tatkala kita leka dengan dunia ini, tiba-tiba Allah s.w.t mengambil balik hakNya, nyawa kita...

Masya Allah..
Tidak tergambar rasanya seksa yang menanti di akhirat kelak..

Itu belum dikira seksa kubur yang sentiasa menanti orang yang terpedaya dengan keasyikan dunia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada dalam benteng tinggi lagi kukuh.” – (Surah An-Nisa’, ayat 78).


Sama-sama kita fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita :)


Add caption
MOGA-MOGA IA BOLEH DIJADIKAN SATU MOTIVASI UNTUK KITA MERUBAH DIRI KITA KE TAHAP YANG LEBIH BAIK..AMEENN..


2 comments: