PENGIKUT SETIA


Friday, November 5, 2010

HALAWATUL IMAN

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا يجد أحد حلاوة الإيمان حتى يحب المرء لا يحبه إلا لله، وحتى أن يقذف في النار أحب إليه من أن يرجع إلى الكفر بعد إذ أنقذه الله، وحتى يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما).
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata : Nabi SAW telah bersabda : Seseorang itu tidak akan merasai kemanisan iman sehinggalah dia mengasihi seseorang hanya kerana Allah; sehinggalah dicampak ke dalam api lebih disukainya daripada kembali kufur selepas Allah menyelamatkannya, dan sehinggalah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding yang lain dari kedua-duanya.[Sahih Bukhari )


Tapi untuk memilikinya...masyaAllah...sangat payah kan...

Nafsu sentiasa mendahului kita..tapi kita tak pernah berusaha untuk mengatasinya..

Jika dilihat dari segi tahap kemanisannya,,
yang mana lebih hebat? 
yang mana?

NAFSU?

atau...

IMAN?



Pastinya kemanisan iman yang lebih hebat..

tak perlu kita mempertikaikan lagi..


sekiranya antum atau antunna bertanya...

ape balasannya?

apa yang ana dapat sekiranya ana bercinta dengan Allah?
adakah cinta itu boleh membuat ana bahagia?
adakah ana dapat merasai nikmat sebenarnya  cinta sekiranya ana bercinta kepada Allah?
ape yang beznya sekiranya ana bercinta dengan Allah berbanding ana bercinta pasangan ana(bukan muhrim)?


Sebenarnya apa yang antum atau antunna fikir?

ana ingin mengutarakan soalan ini kepada antum dan antunna semua....

andai antum dan antunna semua bercinta, berkasih dengan pasangan anda, adakah cinta itu akan kekal abadi? 
adakah kekasih antum dan antunna itu benar-benar ikhlas?
adakah cinta antum dan antunna kepada kekasih masing-masing  boleh dibawa bekalan ke akhirat kelak?
apa yang kekal?
kenapa kita berada di dunia ini?

cuba fikirkan..



Dunia ini hanya destinasi sementara kita..sahabatku.
tempat kita mengumpul bekalan kita untuk ke akhirat kelak

hargailah setiap saat yang Allah berikan kepada kita..
jangan sia-siakan..

bercinta dengan Allah boleh membuatkan hati kita sentiasa tenang...sabar..

tiada keresahan sepertimana anda bercinta dengan pasangan anda(bukan muhrim)..
walaupun bahagia tetapi jiwa antum dan antunna tidak tenang...seolah-seolah ada sesuatu yang hilang..

betul...kerana tanpa sedar, antum dan antunna semakin jauh daripada Allah..
kerana cinta dunia telah membelenggu diri antum dan antunna..
inilah kenyataannya..



renung-renungkanlah....

Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

yang salah tapi dimatanya menjadi betul...
yang batil menjadi  benar...

adakah betul apa yang ana bicarakan?
tidakkah itu bahaya?

Subhanallah..
wahai sahabtku, terlalu banyak keistimewaan yang Allah berikan kepada kita sekiranya kita benar-benar mencintaiNya..

cuba hayati betul-betul..

Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.S: 3. Ali Imran: 31)



Katakanlah: "Inginkah Aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang‐orang yang
bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai‐sungai; mereka kekal
didalamnya. Dan (mereka dikurnakan) isteri-steri yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba‐ Nya.” (QS Ali Imron 3:15)



“Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, kerana kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :
“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita” (H.R. Abu Daud)

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku” (H.R. Muslim)

“Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus malaikat untuk membuntutinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata,
“Kamu hendak ke mana ?”
Dia menjawab, “Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini”
Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu ?”
Dia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya ke
rana Allah SWT”
Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut kerana-Nya” (H.R. Muslim).

Adakah pasangan(bukan muhrim) antum dan antunna yang  dikasihi itu dapat memberikan sepertimana yang Allah s.w.t akan berikan sekiranya kita benar-benar ingin mendapatkan cintaNya?

sudah tentu tidak bukan?

melainkan kelekaan yang berpanjangan sehingga melalaikan kita...
kebahagiaan palsu dan sementara  yang mencetuskan imaginasi yang sepatutnya kita tidak fikirkan..

Kenapa kita tidak terfikir wahai sahabatku... bahawa barah rindu kepada kekasih kita itu boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Nauzubillah

Tidakkah itu hanya boleh menjauhkan kita dari pencipta kita?

adakah itu yang antum dan antunna semua inginkan?

sudah tentu tidak bukan?

ayuh sahabatku....sedarlah dari mimpi yang panjang..

kita sama-sama berusaha memperbaiki  diri kita untuk mendapatkan cinta yang hakiki iaitu cinta yang sebenar-benarnya..

"kekuatan usah ditunggu tapi harus di cari"
Hargailah di atas setiap kesempatan yang Allah berikan kepada kita..



Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)







                                                                       Insan yang mendambakan  cinta Allah,



No comments:

Post a Comment